Apa Itu Kad Kredit Malaysia

Apa Itu Kad Kredit Malaysia

Apa Itu Kad Kredit


"Nama Kad Kredit ialah nama asas bagi suatu perkhidmatan yang tidak melibatkan tunai namun melibatkan wang. Kad Kredit merupakan alat untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan dengan mengunakan suatu (Kad) alat secara digital. Iaitu; setiap pembelian mengunakan Kad Kredit adalah hutang dan perlu dibayar semula kepada Bank yang memberi Kad Kredit tersebut.

Cara Kad Kredit Berfungsi

Nota Editor: Artikel ini (Apa Itu Kad Kredit) telah dikemaskini pada 16.12.2020

1.Yuran Tahunan

"Kad Kredit mempunyai Yuran Tahunan (Annual-Fee) yang perlu dibayar oleh setiap pemegang Kad Kredit setiap tahun untuk faedah yang disertakanya.

Terdapat juga Kad Kredit yang tidak mempunyai Yuran  dan yang mendapat pengecualian Yuran Tahunan.

Untuk mendapat-kan pengecualian Yuran Tahunan, Kad Kredit anda harus melakukan suatu transaksi dalam sebulan selama 12 bulan berturut-turut atau penuhi perbelanjaan minimum yang telah ditetapkan.

2.Kadar Faedah Pembelian

Secara teori, Bank mengenakan Faedah kepada jumlah tertunggak sebagai Denda kerana meminjam dan tidak membayar pada waktu yang ditetapkan.

Kadar Faedah Kad Kredit juga dikenali sebagai Bayaran Keewangan dan akan dikenakan kepada Jumlah Baki tertunggak.

Sebagai Contoh: Jika anda telah mengunakan wang sebanyak RM500 pada Kad Kredit anda dan anda Gagal membayar semula dalam tempoh 20  tanpa faedah. Bayaran Faedah yang dikenakan ke atas anda adalah berjumlah  15% - 18% P.A akan dikenakan pada jumlah tersebut.

3.Tempoh Tanpa Faedah

Ini adalah tempoh yang dipanggil Syurga di mana anda dapat menikmati kadar faedah sifar dari baki hutang anda. Tempoh ini bermula dari tarikh pengeluaran penyata kad kredit anda hingga tarikh akhir penyata.

4.Had Kredit

Had Kredit bermaksud jumlah maksimum yang boleh diberikan Bank kepada anda berdasarkan pendapatan bulanan yang anda miliki sebagai contoh; Pendapatan bulanan anda berjumlah RM3000, bank biasanya akan menetapkan Had Kredit 2 Kali ganda dari gaji anda.

Bagi yang berpendapatan lebih RM36K setahun pula, Tidak ada Had Kredit yang diberikan kepada mereka. Mereka juga boleh memiliki beberapa Kad Kredit daripada Pelbagai Bank dengan Had Kredit yang berbeza-beza.

5.Pendahuluan Tunai

Pendahuluan Tunai merupakan kemudahan yang diberikan agar anda boleh mengeluarkan wang daripada Kad Kredit anda melalui mana-mana Atm seperti Kad Debit.

Pendahuluan Tunai ini akan dikenakan Kadar Faedah 18% P.A yang akan dikira setiap hari sehingga anda membayar Jumlah wang yang telah dikeluarkan sepenuhnya.

6.Kitaran Bil atau Penyata

Kitaran bil atau penyata merupakan suatu rekod kepada setiap transaksi yang dibuat oleh kad kredit anda yang akan disiarkan dalam penyata Kad Kredit anda. Penyata ini memaparkan segala transaksi anda secara terperinci selama sebulan terakhir yang akan sampai di Mailbox anda pada setiap bulan.

7.Bayaran Minimum Bulanan

Dalam penyata Kad Kredit anda, anda dibenarkan membuat pembayaran Sebahagian daripada bil Kad Kredit anda untuk mengelakan dikenakan denda bayaran lewat baki yang tertunggak.

Jumlah baki yang tertunggak masih akan dikenakan caj keewangan. Pembayaran minimum bulanan biasanya 5% daripada jumlah baki tertunggak yang mesti dibayar sebelum tarikh akhir penyata.

4 Jenis Kad Kredit Di Malaysia

Terdapat 4 Jenis Rangkaian Kad Kredit yang ada di Malaysia iaitu: Visa-Mastercard-UnionPay-AmericanExpress, Kesemua rangkaian Kad Kredit ini bekerjasama dengan Bank Malaysia untuk mengeluarkan Kad Kredit kepada pengguna. 

Kemudian Pihak Bank akan kategorikan Kad-Kad Kredit ini untuk keperluan pengguna berdasarkan kepada Ciri-Ciri Kad Kredit yang mempunyai Rewards, Cashback dan sebagainya.

Syarat Permohonan Kad Kredit

Bank perlukan bukti pendapatan sebagai rujukan utama kelayakan pemohon Kad Kredit. Menurut garis panduan permohonan Kad Kredit 2011 oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Pendapatan minimum untuk permohonan kali pertama ialah RM24000 setahun.

Selain itu, anda perlu memiliki Kad Pengenalan yang sah, Surat Pengesahan Majikan, dan dokumen yang diminta oleh Pihak Bank bagi menyokong Permohonan Kad Kredit anda.

Setiap Bank menawarkan Produk Kad Kredit yang berbeza-beza, Sebagai contoh Kad Bola ditawarkan kepada pemohon yang bergaji bulanan RM3000 dan ke atas manakala, Kad Ayam ditawarkan secara terbuka kepada pemohon yang bergaji minimum RM2000 sebulan.

Berapa Banyak Kad Kredit Yang Boleh Anda Miliki

Sebenarnya tiada batasan di dalam pemilikan Kad Kredit daripada mana-mana Bank. Namun peluang untuk permohonan anda diluluskan bergantung kepada Pendapatan anda.

Menurut Bank Negara Malaysia, mereka yang berpendapatan tahunan RM36000 atau kurang, Anda boleh miliki Kad Kredit daripada dua Bank yang Berbeza dengan had kredit 2 kali gaji bulanan anda.

Bagi yang berpendapatan tahunan RM36000 atau lebih, anda boleh miliki beberapa Kad Kredit yang anda mahukan daripada pelbagai Bank.

Gagal Membayar Kad Kredit

Sekiranya anda gagal dan terlepas membuat pembayaran, bayaran denda pembayaran lewat akan dikenakan ke atas baki tertungak.

Baki Kad Kredit tertunggak anda juga  akan menarik Caj Keewangan sebanyak 15%-18%P.A yang dikompoun pada setiap hari.

Pembayaran lewat Kad Kredit anda juga beri kesan buruk pada rekod CCRIS iaitu rekod kesihatan keewangan anda untuk rujukan institusi keewangan yang lain berkaitan rekod keewangan anda.

CCRIS merupakan sistem pusat yang menyimpan maklumat sejarah kredit anda buat rujukan semua Bank dan Institusi Keewangan lain ketika membuat penilaian risiko Kredit anda.

Selain itu anda akan mendapat rekod yang agak buruk, iaitu mendapat skor kredit yang rendah dan seterusnya mengurangkan peluang anda mendapat kelulusan untuk pinjaman yang akan datang seperti Pinjaman Peribadi, Perumahan dan Kereta.

Mohon Kad Kredit Atas Talian Online

Di Malaysia, terdapat 19 buah Bank dan Institusi Keewangan yang menawarkan Kad Kredit dengan pelbagai tawaran menarik yang anda boleh mohon terus secara online melalui link ke pautan RinggitPlus di bawah :



RinggitPlus akan membantu anda membandingkan Kad Kredit yang sesuai untuk anda dan hanya mohon Kad Kredit di semua 19 Bank di atas dengan hanya melalui WhatsApp.

Apply Kad Kredit Online : https://www.ringgitplus.com/kadkredit





Finance
6/08/2020 08:45:00 PTG
0

Ulasan

Search

Popular Posts

5 Aplikasi Terbaik Untuk Kanak-Kanak

5 Aplikasi Terbaik Untuk Kanak-Kanak "5 Aplikasi …

8 Kad Kredit Bank Islam Popular 2021

Senarai Kad Kredit Bank Islam Terbaik 2021 Bank Islam Berhad …

Senarai 5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik

5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik Masa…

Mohon Kredit Kad Senang Lulus 2020

Dalam artikel ini kita akan menampilkan beberapa Bank yang menawarkan Kad Kre…

How to make money with Boost App

Before we're into this article, We've write about " The financ…

14 Kad Kredit CIMB Bank Popular 2021

14 Kad Kredit CIMB Terbaik CIMB BANK Berhad - Menawa…

7 Kad Kredit HSBC Popular 2021

7 Kad Kredit HSBC Terbaik & Popular 2021 HSBC m…

5 Aplikasi Mobile Banking Paling Terbaik

5 Aplikasi Mobile Banking Paling Terbaik Pada zaman sekarang ni keb…

18 Kad Kredit RHB Bank Popular 2021

18 Kad Kredit RHB Bank Terbaik dan Popular Terdapat…

Sim Kad Percuma Yodoo Dah Sampai Tapi Apa Itu Yodoo

Sim Kad Percuma Yodoo Terima Kasih kepada " Yoodo…

Contacts