2 pilihan untuk Bos KWSP, keluar arahan atau letak jawatan - Najib

Menerusi temuramah bersama Sinar Harian semalam Najib telah mengatakan dan membincangkan isu panas seperti Pengeluaran RM10,000 secara one-off dan membidas dakwaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, yang mengatakan pengeluaran akaun 1 akan menjejaskan pelaburannya.

Artikel: 6 Sebab Australia boleh benarkan pengeluaran akaun 1 kwsp

2 pilihan untuk Bos KWSP, keluar arahan atau letak jawatan - Najib

2 pilihan untuk Bos KWSP, keluar arahan atau letak jawatan - Najib --imej via nst



Tegasnya, " saya tidak bersetuju dengan pandangan Bos KWSP (Tengku Alizakri), dimana menurutnya jika kita benarkan pengeluaran RM10,000 daripada akaun 1 secara pukal maka pelaburan KWSP akan terjejas'.



Tambahnya, "ini adalah keadaan darurat & kritikal, soal kehidupan rakyat bukan lagi pasal pelaburan'. 


Najib turut memberitahu di dalam temuramah tersebut bahawasanya menteri kewangan Malaysia, (Tengku Zafrul Aziz) memahami keperitan kehidupan rakyat pada masa ini.


Jelas Najib, "saya tidak berpuas hati, tetapi saya akan memberi masa lagi kepada kerajaan untuk melihat perkara ini, Saya rasa (Menteri Kewangan Tengku Zafrul) faham tuntutan rakyat, manakala pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP ini masih lagi mempertahankan kedudukannya'.


Oleh yang demikian, "jika saya Menteri Kewangan, saya akan bagi kata 2, samaada mengeluarkan arahan, atau kalau tak buat, Bos KWSP (Tengku Alizakri) kena letak jawatan'. Katanya di dalam temuramah tersebut.


Di samping itu katanya, Bank Negara Malaysia boleh membantu KWSP dengan membeli bon milik kwsp di dalam kes darurat seperti ini, di mana pun berkenaan boleh disimpan atau dijual semula kepada pihak ketiga. 


"Saranan saya ini bukanlah boleh mendatangkan kemudaratan kepada KWSP, benda boleh dilakukan menerusi ulasan saya berkenaan bon Bank Negara Malaysia pada sebelum ini.


Najib turut menjelaskan bahawa, dengan membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada akaun 1, akan berlaku suntikan dari segi kewangan dalam ekonomi negara.


Di mana, permintaan domestik akan bertambah dan menyebabkan ekonomi berpusing dengan lebih rancak lagi. Ini bukanlah sebuah tuntutan populis, tetapi ini adalah soal kelangsungan hidup rakyat, tegasnya.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP sebelum ini telah menghubungkan perincian pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai skim i - Sinar. KWSP turut menyenaraikan lima informasi mengenai skim tersebut. Skim i - sinar akan memberikan manfaat kepada dua juta pencarum yang kehilangan sumber pendapatan, kehilangan pekerjaan Dan diberikan cuti tanpa gaji serta ketiadaan pendapatan.


Antara syarat yang ketat untuk mengeluarkan wang daripada akaun 1 tersebut telah menyebabkan KWSP dikritik teruk dan pelbagai pemimpin menolaknya termasuklah Anwar Ibrahim dan Asyraf Wajdi.




Blog
11/19/2020 04:01:00 PTG
0

Ulasan

Search

Popular Posts

14 Kad Kredit CIMB Bank Popular 2021

14 Kad Kredit CIMB Terbaik CIMB BANK Berhad - Menawa…

Mohon Kredit Kad Senang Lulus 2020

Dalam artikel ini kita akan menampilkan beberapa Bank yang menawarkan Kad Kre…

Tempat tumpuan terbaru Kundasang, Alpaca Club Sabah dibuka selepas Pkp

Kundasang Ranau memang tempat yang sangat popular di kalangan orang Sabah, m…

Free RM30 FY e-wallet for Cuti Malaysia Stimulus - Firefly

Firefly Airlines recently launch it's free RM30 FY e- Wallet campaign f…

19 Kad Kredit AmBank Popular 2021 - Banding Dan Mohon Online

19 Kad Kredit AmBank Terbaik & Popular - Banding Dan Mohon Online Nota E…

18 Kad Kredit RHB Bank Popular 2021

18 Kad Kredit RHB Bank Terbaik dan Popular Terdapat…

10 Kad Kredit Affin Bank Popular 2021

10 Kad Kredit Affin Bank Terbaik & Popular Sen…

Bank Islam Launches BangKIT Microfinance, A Social Finance Initiative

Bank Islam Malaysia Berhad has dispatched another Islamic social money acti…

5 Kad Kredit Bank Rakyat Popular 2021

Senarai Kad Kredit Bank Rakyat Terbaik & Popular Tahun 2021 …

Senarai 5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik

5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik Masa…

Contacts