Nota Editor: (Artikel ini telah dikemaskini pada 19 Dec 2020 untuk edisi Kad Kredit ICBC Terbaik & Popular Tahun 2021)
Pada artikel ini kita akan lihat senarai "6 Kad Kredit Terbaik dan Popular yang ditawarkan oleh ICBC Bank Malaysia yang boleh dibandingkan dan dipohon secara online melalui platform ringgitplus.com.
Sebagai nota: Kami daripada lumba blog bukan bekerja sebagai pegawai bank di ICBC Bank Malaysia mahupun mana-mana Bank di Malaysia. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memberikan informasi berkenaan produk berkaitan kad kredit yang ditawarkan oleh bank berkenaan agar proses kelulusan Kad Kredit lebih mudah dan bukan untuk memberikan nasihat berkaitan kewangan. sebagai contoh anda boleh baca artikel info berkaitan Kad Kredit di sini
Tentang ICBC Bank Malaysia
ICBC Bank atau "Industrial and Commercial Bank of China Malaysia'turut menawarkan pilihan kad kredit yang terbaik di Malaysia.ICBC Malaysia merupakan anak syarikat milik penuh Bank of China yang mempunyai sebuah pejabat di, Tingkat 10, Menara Maxis, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diperbadankan pada 28 Januari 2010 dan secara rasminya memulakan perniagaannya pada tarikh 28 April 2010.
Sebagai sebuah institusi perbankan berlesen penuh, dan kerjasama erat di antara Malaysia dan China, ICBC Malaysia komited secara aktif untuk memberikan perkhidmatan Perbankan dan Kewangan yang berkualiti tinggi.
Perkhidmatan ICBC Malaysia yang berkualiti tinggi merangkumi pelbagai aspek seperti; Perusahaan, Perdagangan Pelaburan Rentas Sempadan, Institusi Kewangan dan peruncitan menurut portal rasmi mereka. ICBC Malaysia turut dilindungi oleh Perbadanan Insuran Deposit Malaysia,(PIDM).
Mengenai Kad Kredit ICBC
Kad Kredit merupakan alat yang digunakan untuk anda membeli sesuatu tanpa mengunakan wang tunai. Apabila anda membeli sesuatu mengunakan Kad Kredit, jumlah pembelian tersebut merupakan hutang dan perlu dibayar kembali kepada Bank yang memberi pinjam.
Kad Kredit ICBC Bank merupakan suatu perkhidmatan yang tidak melibatkan wang tunai namum melibatkan wang! Kad Kredit ICBC Bank digunakan untuk pembelian sesuatu barangan atau perkhidmatan dengan mengunakan KAD iaitu sebuah alat secara digital.
Setiap pembelian yang menggunakan (Kad Kredit ICBC) adalah hutang! dan perlu dibayar semula kepada ICBC! Untuk lebih terperinci,anda boleh baca artikel ini yang menerangkan tentang Apa Itu Kad Kredit secara lebih khusus. Sebagai nota, pengeluar Kad Kredit ICBC adalah daripada Visa & UnionPay
Antara Produk yang ditawarkan oleh ICBC Bank Malaysia:
📌. Akaun Simpanan
📌. Pinjaman Perumahan
📌. Insuran
📌. Kad Debit
📌. Kad Kredit
📌. Internet Banking
📌. Lain Lain Perkhidmatan
Namun dalam artikel ini kita akan lebih memfokuskan kepada 6 kad kredit yang ditawarkan ICBC Bank secara lebih terperinci dari segi perbandingan dan permohonan. Rujuk Infografik Kad Kredit ICBC di bawah.
6 Kad Kredit Terbaik ICBC Bank Popular yang boleh dibandingkan & dipohon secara online.
#1📌. ICBC Visa Platinum
Setiap ringgit yang dibelanjakan melalui kad kredit ini akan memberikan anda satu bonus point! Selain itu anda juga akan dapat 1X bonus point untuk setiap perbelanjaan runcit. Kumpulkan kesemua bonus point tersebut untuk menebus hadiah menarik.
Kelayakan Gaji: RM8,333/Sebulan
Yuran Tahunan: Percuma
Pulangan Tunai: Tiada
Mohon Online : Ringgitplus.com
#2📌. ICBC Visa Gold
kad kredit emas yang diterima secara langsung di China! Akses ke bank terbesar dunia.
Kelayakan Gaji: RM4,000/Sebulan
Yuran Tahunan: Percuma
Pulangan Tunai: Tiada
Mohon Online : Ringgitplus.com
![]() | |
|
#3📌. ICBC UnionPay Dual Currency Platinum
Jalani sebuah kehidupan platinum dan nikmati perkhidmatan terbaik secara percuma di lounge lapangan terbang terpilih di China! Nilai tukaran Ringgit kepada Renminbi tanpa sebarang caj tambahan.
Kelayakan Gaji: RM8,333/Sebulan
Yuran Tahunan: Percuma
Pulangan Tunai: Tiada
Mohon Online : Ringgitplus.com
#4📌. ICBC UnionPay Dual Currency Gold
Uruskan kesemua perbelanjaan membeli-belah anda di Renminbi ketika berada di China!
Kelayakan Gaji: RM8,333/Sebulan
Yuran Tahunan: Percuma
Pulangan Tunai: Tiada
Mohon Online : Ringgitplus.com
#5📌. ICBC Dual Currency Classic
Antara salah satu kad kredit Dwi Matawang Klasik yang membolehkan anda membuat bayaran di dalam Renminbi semasa berada di China!
Kelayakan Gaji: RM2,000/Sebulan
Yuran Tahunan: Percuma
Pulangan Tunai: Tiada
Mohon Online : Ringgitplus.com
#6📌. ICBC Visa Classic
Kekasih yang disokong oleh ICBC Bank yang memberikan anda faedah perdagangan global, dan penerimaan di seluruh dunia!
Kelayakan Gaji: RM2,000/Sebulan
Yuran Tahunan: Percuma
Pulangan Tunai: Tiada
Mohon Online : Ringgitplus.com
Seperti yang anda dapat lihat di dalam info grafik di atas, gaji minimum untuk memohon kad kredit Ini adalah sebanyak RM 2, 000 yang membolehkan anda memiliki Kad Kredit ICBC Dual Currency Classic & ICBC Visa Classic.
Keburukan Kad Kredit ICBC
Keburukan Kad Kredit ICBC terjadi apabila anda gagal dan terlepas membuat pembayaran di mana anda bakal dikenakan denda pembayaran lewat!
Selain itu, baki Kad Kredit tertunggak juga akan akan menarik caj kewangan sebanyak 15% sehingga 18% P.A yang dikompaun setiap hari.
Pembayaran lewat Kad Kredit ICBC anda juga turut memberi kesan kepada rekod CCRIS & CTOS yang bertindak sebagai report card bagi rekod kesihatan kewangan anda.
Ini seterusnya menjejaskan peluang kelulusan pada apa-apa pinjaman anda di masa hadapan.
Senarai Kad Kredit yang Terbaik & Popular selain yang ditawarkan ICBC Bank:
Permohonan Kad Kredit ICBC Online
Anda boleh membandingkan dahulu kad kredit Ini sebelum membuat sebarang Permohonan melalui kalkulator yang disediakan di Platform 👉Ringgitplus.com
Related Posts
Finance
12/19/2020 01:44:00 PTG
0
Ulasan
Catat Komen