Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat RMR Tahun 2020

Siapakah SPNB

SPNB merupakan syarikat di bawah kementerian kewangan Malaysia (MOF Inc) yang telah ditubuhkan pada 21 ogos 1997 yang bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia selaras dengan Dasar Perumahan Negara.


Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat RMR Tahun 2020

Tatacara permohonan Rumah Mesra Rakyat RMR. (Gambar Hiasan) --imej via pinterest




Bermula pada tarikh 3 ogos 2018, SPNB telah diletakkan di bawah pengurusan kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT).

Menurut Statistik daripada laman SPNB, mereka telah menyiapkan sekitar 22,468 unit rumah seluruh Malaysia.

SPNB atau Syarikat Perumahan Negara Berhad telah melancarkan "Program Rumah Mesra Rakyat" (RMR) yang bakal memanfaatkan individu di Malaysia yang berkelayakan. Dalam artikel ini kita akan lihat secara 360° bagaimana cara memohon Program (RMR) ini secara terperinci.

Objektif Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program ini diwujudkan bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti, Petani, Nelayan dan golongan orang miskin yang tidak mempunyai rumah 🏠 dan tinggal di rumah daif serta usang. Tetapi, (mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa).

Syarat Kelayakan


πŸ“Œ Warganegara Malaysia

πŸ“Œ Pemohon individu berumur 18 tahun dan ke atas

πŸ“Œ Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3000.

πŸ“Œ Pemohon atau pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / atau memiliki rumah usang yang tidak sempurna.

πŸ“ŒTanah/Tapak rumah yang bersesuaian dan bebas daripada serta bebanan ke atasnya. (Jika kemampuan bukan tuan tanah, pemohon kena mendapat kebenaran bertulis daripada tuan tanah).

πŸ“Œ Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600kps tertakluk pada rekabentuk.

πŸ“Œ Tertakluk pada peruntukan kewangan.


Bagi permohonan daripada semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur 18 sehingga 42 tahun diperlukan. 

Manakala pemohon daripada Sabah, Sarawak Serta kawasan pulau yang melebihi umur 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18 -38 tahun diperlukan.

Rekabentuk RMR

Terdapat tiga reka bentuk untuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) seperti:


#1.Rekabentuk baharu RMR semenanjung Malaysia1,000kps

#2. Rekabentuk baharu Sabah & Sarawak 750kps

#3. Rekabentuk baharu RMR 850kps (Pulau di Semenanjung)

Fakta dan Ciri - Ciri rumah RMR

#1. Kaedah Permohonan RMR ada secara online sahaja melalui website SPNB.

#2. Rumah sebuah 1 tingkat merangkumi 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

#3. Keluasan di antara 1,000, 850, 750 kps

#4. Keluasan Tanah bagi 1,000 kps = 3,600 kps, bagi 850kps = 3,400kps, bagi 750 kps =3,200 kps.

#5. Julat harga untuk 1,000kps RM75,000, bagi 850kps RM85,000 serta 750kps(Sabah&Sarawak) RM55,000 sehingga RM106,500.

#6. Subsidi pembinaan sebanyak RM20,000

#7. Caj pengurusan pinjaman daripada keseluruhan pinjaman adalah sebanyak 2%.

#8. Anggaran bayaran bulanan di dalam tempoh 16 tahun atau lebih bagi 1,000 kps = RM300, bagi 850 kps = RM352, bagi 750 kps = RM300 sehingga RM470.

#9. Terdapat Dua kaedah pembayaran sama ada melalui pembiayaan dan kutipan oleh SPNB atau pembayaran semula melalui kaunter Bank Simpanan Nasional / Sistem Jompay 

#10. Dokumen perjanjian dan sekuriti pula merangkumi Firma guaman berdaftar dengan SPNB.

#11. Perlaksanaan pembinaan merangkumi, Kontraktor Gred G1 hingga G5, Pembekal utama produk, berdaftar dengan SPNB & CIDB.

Cara & Langkah Permohonan Rumah (RMR)


Langkah 1: Buka laman web SPNB

Langkah 2: Klik Pendaftaran Baru dengan memasukan butiran login yang selengkapnya.

Langkah 3: Penerimaan login id serta kata laluan

Langkah 4: log masuk ke laman utama mengunakan login id di langkah 3.

Langkah 5: lengkapkan borang online RMR dengan mengisi maklumat ke dalam sistem.

Langkah 6: Selesai mengisi borang online / klik selesai pendaftaran borang dan cetak.

Langkah 7: hantar borang yang telah dicetak ke mana-mana cawangan SPNB yang berdekatan.


Senarai Dokumen Yang Diperlukan untuk Memohon RMR, SPNB:


πŸ“Œ Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berlaitan)

πŸ“Œ Salinan kad pengenalan tuan tanah.

πŸ“Œ Salinan kad pengenalan pemohon kedua jika berkaitan.

πŸ“Œ Salinan geran hakmilik tanah terbaru, dan sijil carian rasmi daripada pejabat tanah yang terbaru.

πŸ“Œ Slip gaji terkini 3 bulan / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan permohonan.

πŸ“Œ Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah / atau memiliki rumah yang usang.

πŸ“Œ Surat akuan pelepasan kebenaran tuan tanah.

πŸ“Œ Salinan sijil nikah pemohon.

πŸ“ŒBorang laporan tapak bergambar.

Untuk makluman surat perlepasan pendapatan, tidak memiliki rumah dan memiliki rumah usang perlulah disahkan oleh penghulu, ketua kampung, pegawai profesional gred a.

Tambahan, SPNB berhak mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Pemohon RMR


πŸ“Œ Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat.

πŸ“Œ Menyediakan jalan masuk ke tapak pembinaan, Mengikut spesifikasi.

πŸ“Œ Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.

πŸ“Œ Membuat penyambungan bekalan utama ke bahagian bangunan.

πŸ“Œ Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan, (bayaran pendahaluan 3 bulan sebagai sekuriti pembiayaan) diwajibkan.

Galleri Rumah Mesra Rakyat:





Anda boleh semak senarai Cawangan SPNB seluruh malaysia melalui senarai ini atau lihat soalan lazim berkaitan Rumah Mesra Rakyat RMR


Lifestyle
11/19/2020 12:11:00 PTG
0

Ulasan

Search

Popular Posts

14 Kad Kredit CIMB Bank Popular 2021

14 Kad Kredit CIMB Terbaik CIMB BANK Berhad - Menawa…

Mohon Kredit Kad Senang Lulus 2020

Dalam artikel ini kita akan menampilkan beberapa Bank yang menawarkan Kad Kre…

Tempat tumpuan terbaru Kundasang, Alpaca Club Sabah dibuka selepas Pkp

Kundasang Ranau memang tempat yang sangat popular di kalangan orang Sabah, m…

Free RM30 FY e-wallet for Cuti Malaysia Stimulus - Firefly

Firefly Airlines recently launch it's free RM30 FY e- Wallet campaign f…

18 Kad Kredit RHB Bank Popular 2021

18 Kad Kredit RHB Bank Terbaik dan Popular Terdapat…

19 Kad Kredit AmBank Popular 2021 - Banding Dan Mohon Online

19 Kad Kredit AmBank Terbaik & Popular - Banding Dan Mohon Online Nota E…

10 Kad Kredit Affin Bank Popular 2021

10 Kad Kredit Affin Bank Terbaik & Popular Sen…

Bank Islam Launches BangKIT Microfinance, A Social Finance Initiative

Bank Islam Malaysia Berhad has dispatched another Islamic social money acti…

5 Kad Kredit Bank Rakyat Popular 2021

Senarai Kad Kredit Bank Rakyat Terbaik & Popular Tahun 2021 …

Senarai 5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik

5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik Masa…

Contacts