Seorang Doktor perubatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor kini di dalam siasatan mengenai posting Twitter yang menghina seorang pesakit kanser.
Pada tarikh 8 November lepas, melalui penulisannya di Twitter berkata, "Brain kanser dan 6 - 7 bulan, Tapi knpa nak kena refer pukul 3 - 4 pagi b@bi? Tunggu esk tak leh ke? 6-7 bulan dengan kanser camtu, bnfas je makhluk tu lagi? Tak leh refer esok siang je ke? P*ki anjing?'.
Doktor berkenaan telah melakukan penghinaan terhadap penyakit kanser berkenaan dengan gelaran p*ki anjing yang bermaksud alat kemaluan anjing betina.
Artikel ini pertama kalinya dilaporkan oleh Sinar Harian dan telah mendapat perhatian warganet.
Seorang daripada warganet telah mengkritik doktor tersebut dengan mengatakan, ayat tersebut tidak patut dikeluarkan kepada pesakit, apatah lagi pesakit tersebut sedang menderita penyakit kanser otak.
Menurut pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor, Dr Mokhtar Pungut, mereka memandang serius perkara berkaitan doktor tersebut.
Jelasnya sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada peringkat hospital untuk siasatan lebih terperinci mengenai isu tersebut.
Sekiranya didapati benar, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap untuk tersebut. Beliau turut memohon maaf di atas pernyataan yang telah dikeluarkan oleh doktor tersebut sehingga menyinggung masyarakat.
Related Posts
Blog
11/19/2020 10:06:00 PTG
0
Ulasan
Catat Komen