Dalam suatu kenyataan, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul berkata, demi kesejahteraan rakyat Malaysia, Belanjawan 2021 telah pun lulus di peringkat dasar di mana pengulungan ini menjadi sebuah tanda keterbukaan dan kesediaan Kerajaan untuk bermusyawara dengan semua pihak untuk menjamin kelangsungan hidup rakyat, ekonomi serta perniagaan.
![]() |
it's a COVID 19 budget, it's a budget for survival & resilience - Tengku Zafrul. --image via MOF |
Beliau turut berterima kasih kepada team Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di atas usaha dan sokongan untuk menyediakan sebuah belanjawan yang komprehensif.
Antara perkara yang diumumkan oleh Tengku Zafrul di Dewan Rakyat termasuklah:
#1.Lanjutan Morotarium untuk B40 & PKS Perusahaan Kecil Sederhana dan Pengistiharan tanpa dokumen untuk golongan M40.
Jelasnya, demi kelangsungan hidup rakyat dan perniagaan, kerajaan komited untuk mengadakan sesi libat urus bersama sektor Perbankan. Manakala bagi golongan lain, Permohonan morotarium boleh dibuat menerusi pihak bank masing-masing.
#2. Pengeluaran Akaun 1 KWSP, i-sinar buat semua ahli yang terkesan pendapatan.
Jelasnya, permohonan pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP melalui skim i-sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan mereka dengan ketara.
Skim i-sinar kini diperluaskan daripada dua juta ahli sebelum ini kepada lebih lapan juta ahli.
Pengeluaran lebih RM9,000 pada sebelum ini telah ditingkatkan kepada RM10, 000.
"Realitinya, Belanjawan 2021 tidak lain dan tidak bukan dirangka untuk kelangsungan hidup rakyat dan ketahanan ekonomi negara, " it's a COVID 19 budget, it's a budget for survival & resilience" tegasnya dalam kenyataan di facebook page miliknya.
Related Posts
Blog
11/26/2020 10:12:00 PTG
0
Ulasan
Catat Komen