Kundasang Tiny House antara homestay paling best di Kundasang, Sabah.

Kundasang merupakan daerah yang terletak di pertengahan antara Kota Kinabalu dan daerah Ranau. Kundasang dikenali sebagai New Zealand Malaysia kerana pemandangannya sebiji dan seiras dengan pusat pelancongan yang terdapat di New Zealand mahupun Australia.

Kundasang Tiny House antara homestay paling best di Kundasang, Sabah.

Kundasang Tiny House.--imej via kundasang tiny house



Antara paparan dan visual yang dapat dibuktikan seperti pernyataan di atas termasuklah, "pelbagai resort yang disediakan oleh pelbagai pemilik premis dengan pelbagai bentuk yang unik' Yang pastinya memikat hati anda jika anda sedang mencari "Homestay di Kundasang'.

Kundasang Tiny House antara homestay paling best di Kundasang, Sabah.
Kundasang Tiny House Cabin Mountain View. --Imej via kundasang tiny house


Pada artikel kali ini kita akan menyingkap mengenai sebuah homestay yang tersangat unik dengan binaan yang amat memikat hati serta sesuai untuk keluarga beriadah dan dekat dengan tempat-tempat menarik yang ada di Kundasang.

Tempat yang kita maksudkan tersebut ialah Kundasang Tiny House, Homestay ini terletak di Kampung Mesilau, 89307, Kundasang, Ranau, Sabah.

Apa yang menariknya tentang homestay ini ialah reka bentuknya yang berbentuk kabin dan sangat menarik serta sangat unik jika dibandingkan dengan homestay yang lain yang terdapat di Kundasang.

Selain daripada itu, "cabin cabin yang tersusun rapi tersebut menampilkan pemandangan gunung Kinabalu yang sangat cantik apatah lagi bila dinikmati bersama kopi panas di awal pagi.

Berikut merupakan sedikit info mengenai "Kundasang Tiny House sebagai rujukan anda di masa hadapan apabila anda berkesempatan untuk berkunjung ke Kundasang dan memilih homestay Kundasang Tiny House sebagai tempat anda meluangkan masa cuti anda.

Fakta mengenai Kundasang Tiny House Homestay:


📌. Hanya 3 minit daripada Desa Cattle Farm

📌. 5 sehingga 10 minit daripada pekan kundasang.

📌. 15 minit daripada National Park

📌. 45 minit ke Kolam Air Panas Poring

📌. 45 minit ke Sabah Tea 

📌. 20 minit ke Taman Arnab.

Fasiliti Tiny House Kundasang:


📌. Tv

📌. Tandas dengan pemanas air

📌. Dapur dengan pelbagai barangan basics

📌. Ice Box

📌. Bbq set

📌. Streka dengan papan

📌. Towel

Waktu Masuk : 2 Petang
Waktu Keluar :  12 Tengahari


Apa yang best tentang Kundasang Tiny House Homestay:


1.BBQ

Yang bestnya dekat Kundasang tiny house ni, anda boleh buat gather together dan bbq beramai-ramai bersama kawan-kawan atau keluarga.

2. Pemandangan Gunung Kinabalu

Pemandangan gunung Kinabalu memang best apa lagi di waktu pagi sambil menikmati kopi panas dan pemandangan indah.

3. Sedap mata memandang

Apabila mata sedap memandang hati pun akan menjadi tenang, Mungkin Kundasang Tiny House Homestay menjadi tempat untuk anda bertenang.

Lagi Gambar Kundasang Tiny House:


Julat Harga


Julat harga bagi bilik "Kundasang Tiny House', adalah seperti yang berikut:

1. Double Storey House ( Muatan 5 - 6 PAX ) = RM250/Semalam

2. Family Room ( Muatan 4 - 5 PAX ) = RM200/Semalam

3. Single Room ( Muatan 2 - 3 PAX ) = RM150/Semalam

Booking Deposit = RM100/Semalam

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai "Kundasang Tiny House Homestay', anda boleh pergi ke Facebook rasmi mereka  / Instagram atau menghubungi mereka di talian 01131894772


Tonton video daripada Mazlan Hasni di bawah mengenai Kundasang Tiny House




Jika anda mempunyai sebarang "Review tambahan  mengenai Kundasang Tiny House" anda boleh tuliskan komen anda melalui kotak box  seperti yang tertera di bahagian bawah artikel ini, agar kita lebih mengetahui mengenai suasana sebenar Kundasang Homestay atas sebab lain orang lain pengalaman.


Kemaskini terakhir (21.11.2020) Editor: Lumba / Sumber: Facebook / YouTube


travel
11/03/2020 05:26:00 PTG
0

Ulasan

Search

Popular Posts

14 Kad Kredit CIMB Bank Popular 2021

14 Kad Kredit CIMB Terbaik CIMB BANK Berhad - Menawa…

Mohon Kredit Kad Senang Lulus 2020

Dalam artikel ini kita akan menampilkan beberapa Bank yang menawarkan Kad Kre…

Tempat tumpuan terbaru Kundasang, Alpaca Club Sabah dibuka selepas Pkp

Kundasang Ranau memang tempat yang sangat popular di kalangan orang Sabah, m…

Free RM30 FY e-wallet for Cuti Malaysia Stimulus - Firefly

Firefly Airlines recently launch it's free RM30 FY e- Wallet campaign f…

19 Kad Kredit AmBank Popular 2021 - Banding Dan Mohon Online

19 Kad Kredit AmBank Terbaik & Popular - Banding Dan Mohon Online Nota E…

18 Kad Kredit RHB Bank Popular 2021

18 Kad Kredit RHB Bank Terbaik dan Popular Terdapat…

10 Kad Kredit Affin Bank Popular 2021

10 Kad Kredit Affin Bank Terbaik & Popular Sen…

Bank Islam Launches BangKIT Microfinance, A Social Finance Initiative

Bank Islam Malaysia Berhad has dispatched another Islamic social money acti…

5 Kad Kredit Bank Rakyat Popular 2021

Senarai Kad Kredit Bank Rakyat Terbaik & Popular Tahun 2021 …

Senarai 5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik

5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik Masa…

Contacts