Murug Turug Waterfall tawar pemandangan Air Terjun tercantik di Tamparuli, Sabah

Apa yang pasti dekat sini, ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan sebuah tempat yang menawarkan "Perkhidmatan Hiking dan Pemandangan Air Terjun yang sangat cantik di Tamparuli', Sabah.

 

Murug Turug Waterfall tawar pemandangan Air Terjun tercantik di Tamparuli, Sabah

Murug Turug Waterfall tawar pemandangan Air Terjun tercantik di Tamparuli, Sabah. --imej via adeqq_xplozone


Related: Tempat Menarik


Murug Turug Eco-Tourism (MTET) atau seringkali disebut "Heaven of Waterfall' ini terletak di Kg Minangkob, 89257, Tamparuli Sabah. 

Antara pencapaian Murug Turug Waterfall ni termasuklah penganugerahan "Best Comunnity Tourism Initiative Rural, Sabah Tourism Award 2019.

Produk yang ditawarkan


πŸ“ŒHiking 

πŸ“ŒJungle Tracking

πŸ“ŒRiver Hiking

πŸ“Œ Night Hike

πŸ“Œ 7 Waterfall

πŸ“Œ White Water Waterfall

πŸ“Œ Camping Site

πŸ“Œ Edu Tourism

Pakej dan Julat Harga

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan oleh Murug Turug seperti yang berikut:

Pakej A

Murug Turug Waterfall tawar pemandangan Air Terjun tercantik di Tamparuli, Sabah
--via Murug Turug

πŸ‘‰ 3KM pergi dan balik dengan melalui satu Air Terjun utama, Yuran bagi pakej A untuk orang dewasa adalah sebanyak RM5.00, kanak-kanak/pelajar/warga emas sebanyak RM3.00 dan manakala warga asing RM10 seorang, Kos bagi guide pula adalah sebanyak RM30 untuk (1-6pax)
 

Pakej B

πŸ‘‰ 4KM pergi dan balik dengan melalui 3 Air Terjun, julat harga dan yuran untuk pakej B untuk orang tempatan dewasa adalah sebanyak RM8.00, kanak-kanak/pelajar/warga emas (Tidak Available) dan warga asing RM15.00


Pakej C

πŸ‘‰ 8KM loop trails! dengan melalui 7 air terjun, yuran untuk pakej C ini untuk orang tempatan dewasa adalah sebanyak RM15.00 bagi kategori kanak-kanak/pelajar dan warga emas (Not Available untuk pakej ini), untuk warga asing dikenakan bayaran sebanyak RM30.00, manakala kos guide untuk pakej ini sebanyak RM55.00 untuk (1-3pax) dan RM110.00 (4-6pax) untuk 2 orang guide! Tambahan 1 guide untuk setiap 5pax yang seterusnya.

Pakej Koboi?

Murug Turug Waterfall tawar pemandangan Air Terjun tercantik di Tamparuli, Sabah
--via malik situh

Macam mana pula pakej koboi tu ah yang solo - solo?Jawapan: Apa yang kami nampak daripada sosial rasmi mereka terdapat hikers juga membuat gerakan solo ditemankan oleh guide mereka.

Pakej Camping

Pakej 1

Camping di Murug Turug Waterfall No5, selama dua hari dengan jadual seperti yang berikut, Hari 1: Masa kedatangan adalah Pukul 8pagi hingga 12 tengahari dan hiking melalui trails Pakej A. Hari 2: Checkout sebelum pukul 12 tengahari dan balik melalui trail Pakej B.

Pakej 2

Bercamping di Murug Turug Waterfall No 5 selama 2 hari dengan jadual seperti berikut: Hari 1: Masa kedatangan adalah pada jam 1-3 petang dan Hiking melalui trail pakej B. Hari 2: Bermula jam 7 pagi mula hiking full trail seperti dalam pakej C dan akan balik melalui Trail pakej A.

Yuran Konservasi wajib untuk pakej camping adalah sebanyak RM10 per/pax, manakala untuk rate Guide jaga malam pula adalah sebanyak RM55.00 untuk seorang guide, bagi mereka yang bercamping seramai 1-10 pax = RM110 wajib mengunakan 2 orang guide dan tambahan 1 guide untuk setiap 5 pax yang seterusnya.

Makluman daripada pengurusan Murug Turug Waterfall


#1. Waktu Kedatangan

Untuk pakej A dan pakej B waktu kedatangan adalah pada jam7.30 pagi, P/S: jika terlewat boleh maklumkan pihak pengurusan melalui no yang tertera di bawah! Manakala pakej C jam 7.00 pagi.
Pakej 1 pukul 8-12 tengahari / Pakej 2 pukul 1-3 petang pendaftaran & taklimat ringkas.


#2. Pembayaran

Anda perlukan deposit sebanyak 30% daripada jumlah pembayaran keseluruhan, baki selebihnya boleh dijelaskan semasa pendaftaran. Dalam deposit (Online Banking) nyatakan sebagai "Deposit MTET".


Anda juga boleh membayar penuh/deposit melalui akaun (Maybank 165125282597) atas nama John Bin Situ.  Jika anda punyai Kad Kredit lebih baik, mohon Kad Kredit di sini.


Resit pembayaran berkenaan hendaklah disimpan dan diserahkan semasa waktu pendaftaran nanti atau anda boleh teruskan whatsapp resit berkenaan ke no yang tertera di bawah.


Booking akan serta merta diproses selepas penerimaan resit pembayaran deposit atau pembayaran penuh.


#3. Refund

Andaikata team hiking menarik diri setelah deposit dilakukan, deposit anda tidak akan dikembalikan.

Bayaran refund hanya akan dikreditkan jika ianya dilakukan dua hari sebelum hiking, atau jika berlaku keadaan cuaca yang tidak stabil dan makluman tertentu daripada pihak MTET.


#4. MTET Public Announcement


πŸ“Œ Pengunjung hendaklah berpakaian hiking yang sesuai, anda boleh menyemak pakaian hiking di sini.

πŸ“Œ Pakai kasut yang sesuai untuk melalui jalan yang berbatu/basah.


πŸ“Œ Ubat-Ubatan yang difikirkan perlu


πŸ“Œ Makanan Tambahan, sardin/keropok/meggi apa sahaja yang anda gemari.

πŸ“Œ Baju Hujan jika tidak ingin kebasahan


πŸ“ŒBeli barang hiking murah anda melalui pttoutdor.com

Senarai barang yang kita rekomenkan untuk para pendaki Murug Turug Waterfall MTET:









Anda boleh menyemak kesemua alatan yang kami senaraikan di atas melalui website rasmi penjual barang-barang hiking terkemuka di Malaysia, πŸ‘‰https://www.pttoutdoor.com 

Galeri Murug Turug Waterfall yang sempat disnapshotkan oleh mawi bumba @ Mohd Masnawie / Mawie:



Antara lain Foto Murug Turug seperti yang ditularkan di media sosial melalui adeqq xplozone:


Foto daripada Afs Car Rental & Tours 


Antara Crew & Guider yang akan menemani anda sepanjang perjalanan:

Penutup

Anda boleh maklumkan kepada pihak pengurusan Murug Turug Watefall sekiranya ingin membuat booking & sijil supaya pihaknya dapat membuat persediaan dengan lebih awal.

Berikut merupakan talian pihak pengurusan Murug Turug untuk sebarang pertanyaan lanjut.

πŸ“±+60198827511 - Ikan
πŸ“±+60166671057 - John
πŸ“±+601126390786 - Wany

Tonton Video Murug Turug Waterfall di bawah:




(Source: Facebook/Instagram/YouTube editor by lumba)



travel
11/24/2020 07:33:00 PTG
0

Ulasan

Search

Popular Posts

Mohon Kredit Kad Senang Lulus 2020

Dalam artikel ini kita akan menampilkan beberapa Bank yang menawarkan Kad Kre…

14 Kad Kredit CIMB Bank Popular 2021

14 Kad Kredit CIMB Terbaik CIMB BANK Berhad - Menawa…

Tempat tumpuan terbaru Kundasang, Alpaca Club Sabah dibuka selepas Pkp

Kundasang Ranau memang tempat yang sangat popular di kalangan orang Sabah, m…

18 Kad Kredit RHB Bank Popular 2021

18 Kad Kredit RHB Bank Terbaik dan Popular Terdapat…

5 Aplikasi Mobile Banking Paling Terbaik

5 Aplikasi Mobile Banking Paling Terbaik Pada zaman sekarang ni keb…

Free RM30 FY e-wallet for Cuti Malaysia Stimulus - Firefly

Firefly Airlines recently launch it's free RM30 FY e- Wallet campaign f…

Kundasang Tiny House antara homestay paling best di Kundasang, Sabah.

Kundasang merupakan daerah yang terletak di pertengahan antara Kota Kinabalu…

10 Kad Kredit Affin Bank Popular 2021

10 Kad Kredit Affin Bank Terbaik & Popular Sen…

Gambar Terbaik Model Malaysia Alicia Amin

Updates On December 05 2018, We no longer putt alicia amin pre- nudity pics her…

19 Kad Kredit AmBank Popular 2021 - Banding Dan Mohon Online

19 Kad Kredit AmBank Terbaik & Popular - Banding Dan Mohon Online Nota E…

Contacts