Jika golongan B40 tidak diberikan bantuan yang sewajarnya untuk menghadapi krisis paling ganas sejak seratus tahun lalu, Saya (Mohd Najib Tun Razak) dan jentera barisan nasional rela digelar "Pengkhianat'!
Jelasnya, bantuan kewangan untuk keluarga B40, Untuk yang memiliki satu anak dengan pendapatan RM2,500 sehingga RM3,000 sebulan adalah seperti yang berikut, BR1M semasa tiada wabak covid 19 berjumlah RM2,000, BSH 2019 pula RM870 semasa tiada wabak Covid 19 dan manakala BPR 2021 RM800 penularan wabak covid 19.
Menurutnya, biarpun golongan ini memiliki empat orang anak sekali pun, jumlah Bantuan Prihatin Rakyat 2021 sebanyak RM1,200 bagi mereka masih kurang berbanding pada tahun 2019 BSH RM1,230 dan BR1M RM2,000.
Tegasnya, realiti kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini mengalami had kewangan sekalipun mereka telah meminjam lebih banyak amaun setelah menaikkan had nisbah hutang negara daripada 55% hingga 60% pada bulan ogos lalu.
Bagaimanapun menurutnya, pasangan suami isteri dengan seorang anak dengan pendapatan RM2,500 sehingga RM3,000 tidak kisah tentang apa yang kerajaan sebelum ini lakukan (PH) seperti, menggantikan GST kepada SST, menjarah RM84 billion rizab Petronas, dan menambah hutang negara sebanyak RM144 billion.
Golongan ini tidak kisah perkara ini salah kerajaan yang mana sama ada, daripada Kerajaan PH, Kerajaan BN ataupun Kerajaan PN! Golongan ini juga tidak mahu mendengar apa-apa alasan, jelasnya.
Apa yang mereka ketahui adalah, jumlah bantuan yang mereka bakal terima pada tahun 2021 telah turun daripada RM2,000 pada tahun 2018, kepada RM820 tahun 2019 dan RM800 pada tahun 2021, katanya.
Selain itu, golongan ini juga akan bertanyakan, apakah bantuan sebanyak RM800 untuk tahun 2021 cukup untuk menampung keluarga mereka? Bagi menghadapi krisis wabak yang paling ganas sejak 100 tahun yang lalu! Tegas Najib.
Golongan B40 yang berpendapatan RM2,500 yang RM3,000 merupakan golongan yang paling terbesar di Malaysia dan golongan ini adalah yang paling berisiko dibuang kerja atau kehilangan pendapatan, katanya.
Justeru itu, inilah merupakan antara sebab kerajaan Barisan Nasional memberi syarat bagi pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP; dan lanjutan moratorium secara automatik.
Akhir sekali tegasnya, jikalau golongan paling besar dan berisiko ini tidak diberikan bantuan yang teramat diperlukan pada ketika ini di mana krisis paling ganas sejak 100 tahun lalu, saya (Najib) serta jentera BN bersedia dipanggil pengkhianat tegas nya dalam suatu tulisan di media sosial. --lumba
Related Posts
Blog
11/20/2020 03:42:00 PTG
0
Ulasan
Catat Komen