Tony Fernandes terpaksa jual rumah demi selamatkan AirAsia

Bos AirAsia merangkap CEO syarikat tersebut, Tony Fernandes dilaporkan menjual rumahnya yang terletak di Ayrshire, Scotland dengan harga RM2.5 juta pound atau bersamaan RM13.55 juta wang Malaysia.

Tony Fernandes terpaksa jual rumah demi selamatkan AirAsia

Tony Fernandes terpaksa jual rumah dengan harga RM13 juta demi selamatkan AirAsia



Jelas Berita Harian online, Tony Fernandes juga merupakan bekas pengerusi Queen Park Ranger, (Pasukan Bolasepak) telah menetap di Skeldon House di Dalrymple Ayshire dalam 7 tahun.


Tony Fernandes dilaporkan terpaksa menjual rumah agam tersebut yang berkeluasan 125 ekar untuk menyelamatkan perniagaannya (AirAsia) yang terjejas teruk akibat wabak covid-19.


Rumah 5 bilik itu dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti, Sauna, Gymnasium, bilik minuman keras, serta gelanggang tenis.


IATA atau dikenali sebagai Persatuan pengangkutan udara antarabangsa meramalkan sektor industri penerbangan bakal kehilangan pendapatan sebanyak USD$252 billion yang bersamaan RM1.1 Trilion.


Jelas IATA, penurunan pendapatan tersebut akibat daripada sekatan perjalanan rentas negara yang semakin memburuk serta jangkaan kemelesetan global.


IATA turut membuat kajian mengenai analisis kesan pendapatan akibat wabak Covid 19 ke atas sektor penerbangan global.


Pada bulan April yang lalu, Tony Fernandes mendedahkan bahawa 96% daripada keseluruhan pesawatnya tidak dapat beroperasi didalam tempoh PKP Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak covid 19.


Justeru, keadaan tersebut mengakibatkan AirAsia tidak menjana pendapatan tetapi masih mempunyai komitmen Kewangan yang meliputi; Pembayaran pembekal bahan api serta pajakan.


Oleh yang demikian, staff AirAsia telah menerima pengurangan gaji di antara 15 hingga 75% bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka.


Blog
11/19/2020 08:36:00 PTG
0

Ulasan

Search

Popular Posts

14 Kad Kredit CIMB Bank Popular 2021

14 Kad Kredit CIMB Terbaik CIMB BANK Berhad - Menawa…

Mohon Kredit Kad Senang Lulus 2020

Dalam artikel ini kita akan menampilkan beberapa Bank yang menawarkan Kad Kre…

Tempat tumpuan terbaru Kundasang, Alpaca Club Sabah dibuka selepas Pkp

Kundasang Ranau memang tempat yang sangat popular di kalangan orang Sabah, m…

Free RM30 FY e-wallet for Cuti Malaysia Stimulus - Firefly

Firefly Airlines recently launch it's free RM30 FY e- Wallet campaign f…

18 Kad Kredit RHB Bank Popular 2021

18 Kad Kredit RHB Bank Terbaik dan Popular Terdapat…

19 Kad Kredit AmBank Popular 2021 - Banding Dan Mohon Online

19 Kad Kredit AmBank Terbaik & Popular - Banding Dan Mohon Online Nota E…

10 Kad Kredit Affin Bank Popular 2021

10 Kad Kredit Affin Bank Terbaik & Popular Sen…

Bank Islam Launches BangKIT Microfinance, A Social Finance Initiative

Bank Islam Malaysia Berhad has dispatched another Islamic social money acti…

5 Kad Kredit Bank Rakyat Popular 2021

Senarai Kad Kredit Bank Rakyat Terbaik & Popular Tahun 2021 …

Senarai 5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik

5 Aplikasi Movie, Drama Dan TV Show Terbaik Masa…

Contacts